Aish, sesat lagi. Walaupun aku dah 3 bulan kat sekolah ni, tapi kenapa aku masih lagi tak cam jalan?! Mana jalan nak balik kelas ni??
“Tama…”
Huh? Ada orang panggil aku?
“Tama…”
Suara tu lagi. Emm, ia datang dari sebalik semak tu. Oh! Apa ni? Angel kah? Kiut nyeee~~ Panggil-panggil nama aku pula tu.
“Tama… Tama kat mana?”
“Tama kat sini!!” bangun ku sambil mengangkat tangan.
“Huh?” lelaki kiut itu membuat muka pelik. Aish, makin kiut lah pula!!
“Miaoo~~” seekor kucing datang dari belakang ku.
“Tama. Kat situ rupanya awak.” Kata laki itu. Dia mengusap kucing itu dengan lembut.
“Tu,,kucing awak ke?” tiba-tiba mulut ini bersuara.
“Emm? Tama? Tidaklah. Dia sesat sampai ke sini. Jadi saya tolong jagakan.” Jawabnya.
“Saya pun sesat sampai ke sini. Nama saya pun Tama. Jadi, boleh awak bela saya?”
Mendengar kata-kataku, lelaki itu tertawa. “Ini cara baru meluahkan perasaan ke?”
“Taklah! Nama saya betul-betul Tama. Nama saya Tamako Risaka!” jawabku bersemangat.
“Oh. Nama awak betul-betul Tama lah. Baiklah, saya ‘bela’ awak. Nama saya Tatsuya Koike. Nampaknya bertambahlah Tama lagi satu.” Katanya sambil tersenyum.
***
Sekarang sudah sebulan aku menjadi ‘kucing perliharaan’. Tatsuya Koike tu rupanya ketua pelajar dan dia adalah senior aku. Disebabkan aku ‘kucing perliharaan’ dia, dia suruh aku yang buat semua kerja-kerja dia. Tapi kenapa aku ikut je? Aku pun tak tau.
Setiap kali aku tolong buat kerjanya, dia bagi aku upah gula-gula. Semua gula-gula pemberiannya aku simpan. Waktu rehat pula kami berehat dengan kembarku, Tama si kucing.
***
Suatu hari Tama si kucing hilang. Mungkin dia sudah jumpa tuan baru.
“Tama dah jumpa tuan baru. Mungkin sekarang dia lebih gembira.” Kata Koike-senpai. Walaupun dia tersenyum, tapi nada suaranya menunjukkan isi hatinya. Dia sedih.
Suatu hari kawan-kawan Koike-senpai bermain bersama ku. Apabila Koike-senpai datang, kawan-kawannya berkata yang aku ni manja dan comel macam kucing sebenar(hehe)
“Senpai! Tengok ni… mereka hadiahkan saya coklat!” kata ku dengan riang. Mana tak gembira. Memang aku suka makan coklat.
Tetapi entah kenapa Koike-senpai begitu marah. Dia berjalan laju sekali sehingga aku terpaksa berlari untuk mengejarnya.
“Senpai! Tunggulah!” rayu ku.
Tiba-tiba dia berhenti. Aku terlanggar belakangnya.
“Buat apa kejar aku? Kau kan dah jumpa tuan baru!!” marahnya.
“Senpai…” Aku takut. Dia tidak pernah menggunakan istilah ‘aku-kau’.
“Dah! Kau akan lebih gembira dengan mereka. Aku bukan lagi tuan kau!”
Entah kenapa kata-kata Koike-senpai sangat menyakitkan hati. Mataku berkaca dan akhirnya gugur air mataku. Lalu aku berlalu pergi.
***
Keesokkan harinya aku berjalan kaki bersendirian. Selalunya bersama Koike-senpai. Semasa aku menunggu tren melintas, aku ternampak Tama-chan (Tama si kucing). Tren begitu hampir dan entah kenapa kaki ku bergerak untuk mendapatkan Tama-chan. Tren melintas... Aku rasa diriku sudah mati tapi ternyata Koike-senpai sempat menarik badanku.
“Tama! Awak sudah gila ke? Saya marah awak sikit, tak payahlah nak bunuh diri!” marah Koike-senpai. “Awak buat saya risau tau!”
“Tapi Tama-chan dah selamat… Tengok” kataku sambil mengangkat Tama-chan.
“Saya cakap pasal awak lah, Tamako Risaka!!” marah Koike-senpai.
“Tapi, awak kan dah buang saya.”
“Macam mana saya nak buang ‘kucing’ yang dah curi hati saya?” katanya sambil mengusap kepala ku.
No comments:
Post a Comment