Friday, 10 June 2011

High Heels - Part 2

"Kau gile? Jalan pun macam jantan."
"Aku dah practice arr. Kau tak nak bagi semangat ke?" tanya Yoona.
Taecyeon rasa serba salah. Yoona yang dahulunya bermbut pendek kini rambutnya dah melepasi bahu. Dahulunya seorang yang gila-gila kini sudah menjadi lebih sopan. "Aku bukan tak nak sokong tapi..." kata-kata Taecyeon terhenti. Dia melihat Yoona berusaha untuk berubah.
"Tapi apa? Takut aku jatuh depan semua orang?"
Taecyeon mengangguk.
Sambil tersenyum Yoona berkata, "Aku dah belajar dari Yuri unnie lah."
"Yuri? Aish, dia tu macam kau gak. Gila-gila. Takkan kau belajar dengan dia."
"Yuri unnie tu, walaupun perangai gila-gila tapi dia still elegant kan? Kalau tak macam mana Donghae oppa boleh sangkut kat dia?" Yoona mempertahankan dirinya. "Dah lah. Jangan nak buat muka tapai. Aku nak pergi shopping. Besok jangan terkejut dengan perubahan aku. Huhu. Bye!" Kata Yoona lalu berlalu pergi.

***

Semasa Tecyeon berjalan menuju ke motorsikalnya, dia ternampak Siwon mengejar Tifanny, pelajar kelas sebelah. Dia mengekori mereka. Siwon menarik tangan Tifanny.
"Bagilah saya sikit masa lagi!"
"Sampai bila? Lama sangat lah!"
"Sayang, besok saya pasti dia akan luahkan perasaan kat saya. Masa tu lah saya akan malukan dia. Lagipun, awak juga nak tengok dia dipermalukan bukan?" kata Siwon sambil mengusap pipi Tifanny.
"Fine! Dia pernah malukan saya sekali. Sekarang giliran dia untuk mendapat malu." kata Tifanny.
"Serahkan semua tu kepada saya, sayang." kata Siwon.

***

Malam tu, Taecyeon datang kerumah Yoona.
"Taecyeon, ada apa? Kalau tak penting cakap besok jelah." kata Yoona.
"Yoona! Besok jangan luahkan perasaan dekat Siwon. Tak! Jangan luahkan langsung perasaan dekat Siwon."
"Apa kau cakap ni? Semua perubahan yang aku buat ni untuk dia lah."
"Kau dengan sini. Siwon nak nak malukan kau! Dia nak malukan kau sebab pernah malukan Tifanny." terang Taecyeon.
"Siapa tu Tifanny?"
"Ingat tak tahun lepas. Pertandingan Ratu Cantik tu?"
"Kenapa dengan pertandingan tu?"
"Kau kan tak pernah sign up untuk pertandingan tu tapi alih-alih kau boleh menang. Masa kau menag tu kan ada budak yang marah-marah kata kau main tipu. Budak tu lah Tifanny. Masa tu dia dapat malu sebab dia dah cakap dengan semua orang yang dia akan menang. Dia yakin sesangat sampai putuskan persahabatan dengan kengkawan dia dengan alasan yang diorang tu akan merosakkan peluang dia untuk menang." terang Taecyeon.
"Tapi apa kena-mengena dia dengan Siwon?"
"Diorang tu couple. Jumpa masa Tifanny tu bercuti kat Jepun. Masa tu Siwon tergila-gila kan Tifanny sampai sanggup pindah Korea. Bila Tifanny dapat tahu kau suka Siwon, dia gunakan Siwon untuk malukan kau."
"Siwon takkan buat macam tu!" kata Yoona.
"Aku tak nak kau terluka je!"
"Dah lah! Kalau kau nak cakap buruk pasal dia, aku taknak dengar!" kata Yoona lalu berlalu pergi.

***

Yoona berjalan bersama Siwon di taman selepas kuliah mereka habis.
"Yoona, awak ada nak cakap apa-apa dekat saya ke?" tanya Siwon.
"Awak macam tau-tau je saya ada benda nak cakap. Sebenarnya saya..."
"Yoona!" panggil Taecyeon. Dia berdiri di samping Yoona. "Yoona, kau jangan..."
"Sebenarnya saya suka awak!" Yoona terus potong percakapan Taecyeon. Tifanny terus berdiri di samping Siwon. Dia tersenyum. 'Sekarang giliran kau pula mendapat malu!'
"Sebenarnya saya tak pernah suka awak. Saya hanya suka Tifanny." kata Siwon sambil merangkul pinggang Tifanny.
Ramai orang berkumpul menyaksikan kejadian itu. Tifanny tersenyum. 'Sekarang korang semua tahu yang Yoona ni bukannya cantik sangat! Aku yang sempurna macam ni saja boleh dapatkan lelaki macam Siwon ni.' katanya dalam hati.
"Oh...Yeke?! Okay. Saya pun sebenarnya main-main je. Saya nak tahu reaksi awak je. Okay lah. Saya pergi dulu." Kata Yoona sebelum pergi meninggalkan mereka. Taecyeon mengejarnya.
"Yoona!" panggil Taecyeon. Tapi Yoona terus lari. Disebabkan tak biasa pakai heels, Yoona tersungkur.
"Yoona, gwenchana?" tanya Taecyeon.
"Taecyeon, pergilah." katanya. Dia masih lagi terbaring di tanah. Tiba-tiba Taecyeon mengangkat dirinya. Taecyeon terdiam melihat Yoona yang sedang menangis.
"Yoona, lambat-laun orang akan lupa lah kejadian tadi." pujuk Taecyeon.
"Tapi, aku tak malu dengan orang lain. Aku malu dengan kau." katanya sambil menangis.
"Kenapa?"
"Aku patut dengar kata-kata kau."
Taecyeon tersenyum.
"Huh! Gembira lah kau tengok aku malu macam ni!"
"Kau gila? Takkan aku nak gembira kalau gadis yang aku suka sedih. Aku tersenyum sebab walau macam mana pun keadaan kau, situasi kau, reaksi kau, semuanya dapat mencuri hati aku." kata Taecyeon.
"Apa? Cakap sekali lagi!" kata Yoona sambil mendongak memandang Taecyeon.
"Emm, nak aku ringkaskan ke? Aku cakap, aku suka kau. Aku suka bila kau belasah aku, Aku suka bila kau gembira MU menang. Aku suka tengok kau pakai kasut sekolah yang kau conteng dengan marker biru tu. Aku suka bila kau dengan aku kena denda sama-sama. Aku paling suka bila kau panggil aku 'babe'. Aku suka semua pasal diri kau."
"Betul ke?"
"Nak aku buktikan?" Tanya Taecyeon lalu memegang dagu Yoona. Satu ciuman hinggap di dahi Yoona.
Yoona tergaman dengan perbuatan Taecyeon. Taecyeon tersenyum melihat wajah Yoona. Baginya, saat itu Yoona sungguh kiut.



THE END!!!

Wednesday, 8 June 2011

High Heels - Part 1


Yoona mengenakan sneakers biru putihnya... Dia berlari untuk masuk ke dewan kuliah.
"Dude, ko lambat gak ke??" kata Taecyeon yang turut lari di sampingnya.
"Aku tengok bola semalam. Babe, MU menang 3-0 lawan Chealsea!!" jawab Yoona.
"Aku pon tengoklah. Tak payah nak belagak MU menang!" jawab Taecyeon yang merupakan peminat Chealsea.
"Haha." Yoona ketawa sambil mengejek Taecyeon.

BAMM!!

Yoona terlanggar seorang pelajar. Badannya yang kecil itu jatuh terduduk.
"Yoona, gwaenchana? " tanya Taecyeon sambil membantu Yoona bangun.
"I'm so sorry. I was searching for my class. I really sorry." kata lelaki yang terlanggar Yoona tadi.
"It's okay." jawab Yoona sambil mengangkat failnya yang terjatuh.
"Okay kau cakap?! Tak sakit ke?" tanya Taecyeon.
"Babe, aku tak nak diri kat depan kelas pegang baldi lagi." jawab Yoona sambil menarik tangan Taecyeon.

***

"Nasib baik Bora seongsaeng-nim tak masuk lagi." kata Taecyeon.
"Tak payah nak gembira sangat!" kata Bora seongsaeng. "Saya tahu awak berdua masuk lambat lagi. Lepas kelas awak berdua datang ke meja saya!!"katanya kepada Taecyeon dan Yoona. Dia ke depan kelas kemudian mengajak seseorang masuk. "Kelas, ini Choi Siwon. Pelajar pertukaran dari Jepun. Siwon, you can introduce yourself now."
"Anyeong haseyo. Choi Siwon imnida. I'm sorry but thats all I know. I'm still learning so excuse my mistake."
Taecyeon terkejut melihat lelaki yang bernama Choi Siwon itu.
"Ya! Itu mamat yang langgar kau tadi lah." katanya sambil menyiku Yoona yang hampir tertidur.
"Huh?!" mata Yoona masih lagi mamai. Melihat Yoona tak bagi perhatian kepadanya, Taecyeon menjentik dahi Yoona.
"Ouch! Sakitlah!" 
"Tidur je! Patutlah lembab." Mendengar kata-kata Taecyeon, Yoona memandang tajam. Melihat wajah Yoona  Taecyeon tertawa. Kiut! Yoona menumbuk bahu Taecyeon.
"Dude! Kau ni lelaki ke perempuan? Apa-apa jelah. Tengok tu" tunding Taecyeon ke arah Siwon.
"Woo~~ Sape tu? Handsome giler!!" kata Yoona yang masih tak menyedari kelibat lelaki itu.
"Dude, Tu mamat yang langgar kau lah tadi!"
"Yeke? Hot giler. Aku nak hit lah."katanya.
"Ada seat yang kosong tak?" tanya Bora seongsaeng.
"Seongsaeng-nim! Kat sini kosong!" kata Yoona sambil mengangkat beg di kerusi sebelahnya.
"Dude! Sepanjang row ni kan seat kita!" bisik Taecyeon.
"Babe, Kita kena berkongsi. Sharing is caring." katanya sambil tersengih.
"Siwon,You can seat there."

***

Sejak itu Yoona rapat dengan Siwon. Yoona juga mengajar Siwon B. Korea. Dia juga tidak lagi terlompat-lompat ketika perlawanan bola. Setiap hari dia datang kuliah awal. Dia mahu bersama Siwon dengan lebih lama. Penampilan dan perwatakannya berubah sedikit demi sedikit. Perubahannya menarik perhatian ramai. 
"Dude, apasal kau berubah ni?" tanya Taecyeon.
"Sebab aku nak berubahlah." jawab Yoona ringkas. Taecyeon pelik. Tiada gelaran 'Babe' dari Yoona.
"Seriously, apasal kau berubah?"
"Well, disebabkan kau ni musuh aku, aku bagitau lah. Sebenarnya, Siwon oppa suka gadis elegant. So, aku akan ubah imej aku kepada yang lebih feminin." katanya dengan penuh semangat.
"Wait! Kasut tu pun kau nak ubah?" tanya Taecyeon. Kasut sneakers biru putih itulah lambang ke-tomboy-an Yoona.
"Yup. Aku nak pakai kasut yang perempuan lain pakai. Aku nak pakai high heels!"

TO BE CONTINUED...
because I'm sleepy now.... =)


Tuesday, 7 June 2011

Sayangku Tama


Aish, sesat lagi. Walaupun aku dah 3 bulan kat sekolah ni, tapi kenapa aku masih lagi tak cam jalan?! Mana jalan nak balik kelas ni??
“Tama…”
Huh? Ada orang panggil aku?
“Tama…”
Suara tu lagi. Emm, ia datang dari sebalik semak tu. Oh! Apa ni? Angel kah? Kiut nyeee~~ Panggil-panggil nama aku pula tu.
“Tama… Tama kat mana?”
“Tama kat sini!!” bangun ku sambil mengangkat tangan.
“Huh?” lelaki kiut itu membuat muka pelik. Aish, makin kiut lah pula!!
“Miaoo~~” seekor kucing datang dari belakang ku.
“Tama. Kat situ rupanya awak.” Kata laki itu. Dia mengusap kucing itu dengan lembut.
“Tu,,kucing awak ke?” tiba-tiba mulut ini bersuara.
“Emm? Tama? Tidaklah. Dia sesat sampai ke sini. Jadi saya tolong jagakan.” Jawabnya.
“Saya pun sesat sampai ke sini. Nama saya pun Tama. Jadi, boleh awak bela saya?”
Mendengar kata-kataku, lelaki itu tertawa. “Ini cara baru meluahkan perasaan ke?”
“Taklah! Nama saya betul-betul Tama. Nama saya Tamako Risaka!” jawabku bersemangat.
“Oh. Nama awak betul-betul Tama lah. Baiklah, saya ‘bela’ awak. Nama saya Tatsuya Koike. Nampaknya bertambahlah Tama lagi satu.” Katanya sambil tersenyum.
***
Sekarang sudah sebulan aku menjadi ‘kucing perliharaan’. Tatsuya Koike tu rupanya ketua pelajar dan dia adalah senior aku. Disebabkan aku ‘kucing perliharaan’ dia, dia suruh aku yang buat semua kerja-kerja dia. Tapi kenapa aku ikut je? Aku pun tak tau.
Setiap kali aku tolong buat kerjanya, dia bagi aku upah gula-gula. Semua gula-gula pemberiannya aku simpan. Waktu rehat pula kami berehat dengan kembarku, Tama si kucing.
***
Suatu hari Tama si kucing hilang. Mungkin dia sudah jumpa tuan baru.
“Tama dah jumpa tuan baru. Mungkin sekarang dia lebih gembira.” Kata Koike-senpai. Walaupun dia tersenyum, tapi nada suaranya menunjukkan isi hatinya. Dia sedih.
Suatu hari kawan-kawan Koike-senpai bermain bersama ku. Apabila Koike-senpai datang, kawan-kawannya berkata yang aku ni manja dan comel macam kucing sebenar(hehe)
“Senpai! Tengok ni… mereka hadiahkan saya coklat!” kata ku dengan riang. Mana tak gembira. Memang aku suka makan coklat.
Tetapi entah kenapa Koike-senpai begitu marah. Dia berjalan laju sekali sehingga aku terpaksa berlari untuk mengejarnya.
“Senpai! Tunggulah!” rayu ku.
Tiba-tiba dia berhenti. Aku terlanggar belakangnya.
“Buat apa kejar aku? Kau kan dah jumpa tuan baru!!” marahnya.
“Senpai…” Aku takut. Dia tidak pernah menggunakan istilah ‘aku-kau’.
“Dah! Kau akan lebih gembira dengan mereka. Aku bukan lagi tuan kau!”
Entah kenapa kata-kata Koike-senpai sangat menyakitkan hati. Mataku berkaca dan akhirnya gugur air mataku. Lalu aku berlalu pergi.
***
Keesokkan harinya aku berjalan kaki bersendirian. Selalunya bersama Koike-senpai. Semasa aku menunggu tren melintas, aku ternampak Tama-chan (Tama si kucing). Tren begitu hampir dan entah kenapa kaki ku bergerak untuk mendapatkan Tama-chan. Tren melintas... Aku rasa diriku sudah mati tapi ternyata Koike-senpai sempat menarik badanku.
“Tama! Awak sudah gila ke? Saya marah awak sikit, tak payahlah nak bunuh diri!” marah Koike-senpai. “Awak buat saya risau tau!”
“Tapi Tama-chan dah selamat… Tengok” kataku sambil mengangkat Tama-chan.
“Saya cakap pasal awak lah, Tamako Risaka!!” marah Koike-senpai.
“Tapi, awak kan dah buang saya.”
“Macam mana saya nak buang ‘kucing’ yang dah curi hati saya?” katanya sambil mengusap kepala ku.
Dalam hatiku, aku berfikir… Bagusnya jadi Tama ni… ^^


Monday, 6 June 2011

new here!!

hello,, saya budak baru di sini tapi lepas ni blog ini akan saya cuba penuhkan dengan cerita2... FIGHTING!!


terbakar semangat ni ^^